Jumaat, 30 Januari 2015
Pada hari jumaat yang lepas, kami telah pergi ke Padawan untuk tujuan berkayak di Semadang Kayak. Kami telah diiringi pensyarah kami iaitu Miss Vel. Dan juga 2 orang lagi kawan pensyarah kami. Kami sekelas 4 orang. Kami bergerak dari kolej pada pukul 9.15 pagi dan sampai pada pukul 11.30 pagi rasanya. Sebab perjalanan Kuching ke Padawan sangat jauh dan mengambil masa untuk sampai.
Sebelum aktiviti ;-
- Sesudah kami sampai, kami menukar baju dan mengisi borang kebenaran kayak. Selepas itu, kami diberi paddle masing-masing. Kami juga telah diberi sedikit taklimat tentang asas berkayak dan juga asas keselamatan untuk diri kami dan juga pasukan kami sekiranya berlaku apa-apa kecemasan. Saya memilih kawan saya iaitu Liza, untuk bersama dengan saya.
Semasa aktivit ;-
- Kami telah bergerak ke sungai dan masuk ke dalam kayak masing-masing. Setiap kayak peruntukan untuk dua orang. Jadi kami semuanya mempunyai 9 kayak termasuklah dengan pelancong dua orang dan tour guide kami.
- Kami telah pergi ke satu tempat dimana ada air terjun dan sebelum masuk kami kena melalui air lumpur semata-mata untuk melihat keindahan air terjun tersebut.
- Setelah selesai menikmati air terjun terjun tersebut, kami pun meneruskan perjalanan kami dan singgah ke Danu Village untuk makan tengah hari. Menu yang disediakan adalah sayur midin, ayam pansuh, telur goreng, ayam goreng, sayur kacang buncis dan juga pelbagai jenis kuih dan buah tembikai.
- Selepas itu, kami pergi ke satu jambatan dimana di jambatan itu untuk menyambungkan kampung tersebut dengan kampung yang lain. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan dan singgah ke satu tempat untuk bermain air dan menikmati keindahan sungai.
- Semasa kami sedang seronok bermain air, saya dan dua orang lagi kawan saya iaitu Shahirah dan Solihin hanyut ke sungai deras bersama dengan saya. Kami telah diselamatkan oleh tour guide kami iaitu Mac dan Rick. mereka juga telah menunjukan kepada kami asas menyelamatkan mangsa lemas.
- Selepas itu, kami meneruskan perjalanan kami selama 11km itu dan kami juga menghayati keindahan sungai dan hutan disekeliling kami. Tidak lama kemudian kami telah sampai ke penghujung perjalanan kami.
Sesudah aktiviti ;-
- Kami mengangkat kayak ke atas dan juga paddle yang telah kami gunakan. Selepas itu kami menyuci badan dan berkemas untuk balik ke kolej semula. Kami telah mengambil gambar bersama dengan pelancong yang bersama kami tadi dan juga bergambar bersama tour guide kami.
Kami berangkat balik ke kolej pada sekitar pukul 4.20 petang dan sampai ke kolej pada sekitar pukul 5 petang.

No comments:
Post a Comment