Sunday, January 4, 2015

Isnin, 05.01.2015
Teknik-teknik Asas Menyelamat Mangsa Lemas




Terdapat pelbagai teknik untuk menyelamat mangsa lemas. Semua teknik ini mempunyai asas menyelamatnya tersendiri. Dengan mengamalkan teknik ini,barulah seseorang itu dapat menyelamat mangsa lemas. Menyelamat mangsa lemas merupakan risiko yang amat tinggi kepada penyelamat kerana ia melibatkan nyawa penyelamat dan juga nyawa mangsa. Ini merupakan teknik-tekniknya ;-

1) Reach (Mencapai)
- Penyelamat akan berada diatas permukaan darat sambil meniarap dan menghulurkan sesuatu kepada mangsa seperti kain, kayu ataupun tali. Mangsa akan mengapai barang tersebut dan penyelamat akan menarik mangsa ke permukaan darat.

2) Throw ( Membaling)
- Teknik ini sama seperti teknik reach tetapi penyelamat dalam keadaan berdiri dan menyelamat. Penyelamat juga akan menghulurkan sesuatu kepada mangsa dan menarik mangsa ke permukaan darat.



3) Wade
- Teknik wade pulak, penyelamat akan berada di atas permukaan air yang cetek dan menghulrukan sesuatu kepada mangsa lemas seperti kayu, kain ataupun tali. Selepas itu, penyelamat akan menarik mangsa ke permukaan darat.

4) Row ( Mendayung)
- Penyelamat akan mendayung ke arah mangsa lemas tetapi tidak meluru ke arah mangsa dan juga tidak melanggar mangsa. Selepas itu, penyelamat akan menarik mangsa ke dalam sampan tersebut.


5) Swim ( Berenang)
- Penyelamat akan berenang ke arah mangsa dan menghulurkan barang seperti pelampong, botol, ataupun buluh. Barang-barang yang di hulurkan mestilah bersifat terapung di atas permukaan air. Selepas itu, penyelamat akan menarik mangsa ke permukaan darat.

6) Tow ( Menarik)
- Teknik tow ini, penyelamat juga akan berenang ke arah mangsa dan menghulurkan sesuatu kepada mangsa seperti tali ataupun pelampung dan seterusnya akan menarik pelampung ataupun tali tersebut bersama mangsa dan akan menarik ke permukaan darat.



























No comments:

Post a Comment