Prosedur Keselamatan (Jumaat, 5.12.2014)
Terdapat beberapa prosedur keselamatan dalam berenang. Kita harus menitikberatkan tentang prosedur keselamatan ini :)
1) Jangan berenang bersendirian.
- Kerana sekiranya seseorang itu berenang bersendirian, di bimbangkan sekiranya berlaku apa-apa perkara, contohnya kecemasan ataupun lemas, orang lain tidak akan tahu tentang hal tersebut.
2) Mengetahui tempat untuk berenang.
- Kita hendaklah tahu tentang tempat untuk kita berenang itu. Kerana sekiranya kita tidak tahu, kita tidak dapat menjangka risiko yang akan datang. Contohnya, berapa tinggi air itu, apa kehidupan yang hidup didalam air itu, dan juga kita tidak tahu kederasan air tersebut.
3) Jangan terus berenang selepas makan.
- Kerana selepas makan, makanan yang telah dimakan itu akan dicernakan terlebih dahulu dan akan mengambil masa yang lama. Kita tidak boleh terus berenang kerana bimbang akan berlakunya sakit perut dan akan menyebabkan kita hilang fokus apabila berenang dan berkemungkinan akan lemas.
4) Jangan mengunyah gula-gula getah semasa berenang.
- Kerana sekiranya kita mengunyah gula-gula semasa berenang, bimbang kalau gula-gula getah tersebut akan terlekat pada kerongkong dan menyebabkan kita sesak nafas dan boleh menyebabkan kita lemas.
5) Jangan berlari atau bertolak-tolak dan membuat sesuka hati berdekatan papan geladak.
- Kerana tepian kolam licin dan akan menyebabkan tergelincir. Jangan bertolak-tolak kerana sekiranya berlaku kejadian itu, mangsa tidak bersedia untuk jatuh dan mangsa mungkin akan lemas jika tidak tahu berenang.
6) Perenang di kehendaki mandi sebelum memasuki kolam renang.
- Mandi air paip yang telah disediakan di tepi kolam untuk menyesuaikan suhu badan dengan suhu air kolam, supaya badan tidak akan menjadi lemah.
7) Dilarang membawa makanan dan minuman ke kawasan kolam renang.
- Kerana takut mereka akan membuang sampah merata-rata tempat dan akan mecemarkan air kolam.
8) Memakai pakaian yang bersesuaian.
- Kerana pakaian renang mempunyai kepentingannya tersendiri dan juga boleh melindung kulit dari daripada terkena sinaran UV matahari.
9) Persediaan badan sebelum berenang.
- Matlamat utama adalah menyediakan anda dari segi mental dan fizikal untuk berenang. Contohnya seperti memanaskan badan sebelum berenang dan juga menyejukkan badan dengan membasahkan badan.
10) Persediaan peralatan renang.
- Menyediakan beberapa peralatan yang diperlukan untuk aktivit asas renang seperti cap, google, penyumbat telinga dan juga nose clip with rubber strap.





