Thursday, January 29, 2015

Jumaat, 30 Januari 2015

Pada hari jumaat yang lepas, kami telah pergi ke Padawan untuk tujuan berkayak di Semadang Kayak. Kami telah diiringi pensyarah kami iaitu Miss Vel. Dan juga 2 orang lagi kawan pensyarah kami. Kami sekelas 4 orang. Kami bergerak dari kolej pada pukul 9.15 pagi dan sampai pada pukul 11.30 pagi rasanya. Sebab perjalanan Kuching ke Padawan sangat jauh dan mengambil masa untuk sampai.

Sebelum aktiviti ;-

-  Sesudah kami sampai, kami menukar baju dan mengisi borang kebenaran kayak. Selepas itu, kami diberi paddle masing-masing. Kami juga telah diberi sedikit taklimat tentang asas berkayak dan juga asas keselamatan untuk diri kami dan juga pasukan kami sekiranya berlaku apa-apa kecemasan. Saya memilih kawan saya iaitu Liza, untuk bersama dengan saya.

Semasa aktivit ;-

- Kami telah bergerak ke sungai dan masuk ke dalam kayak masing-masing. Setiap kayak peruntukan untuk dua orang. Jadi kami semuanya mempunyai 9 kayak termasuklah dengan pelancong dua orang dan tour guide kami.

- Kami telah pergi ke satu tempat dimana ada air terjun dan sebelum masuk kami kena melalui air lumpur semata-mata untuk melihat keindahan air terjun tersebut.

- Setelah selesai menikmati air terjun terjun tersebut, kami pun meneruskan perjalanan kami dan singgah ke Danu Village untuk makan tengah hari. Menu yang disediakan adalah sayur midin, ayam pansuh, telur goreng, ayam goreng, sayur kacang buncis dan juga pelbagai jenis kuih dan buah tembikai.







- Selepas itu, kami pergi ke satu jambatan dimana di jambatan itu untuk menyambungkan kampung tersebut dengan kampung yang lain. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan dan singgah ke satu tempat untuk bermain air dan menikmati keindahan sungai.

- Semasa kami sedang seronok bermain air, saya dan dua orang lagi kawan saya iaitu Shahirah dan Solihin hanyut ke sungai deras bersama dengan saya. Kami telah diselamatkan oleh tour guide kami iaitu Mac dan Rick. mereka juga telah menunjukan kepada kami asas menyelamatkan mangsa lemas.

- Selepas itu, kami meneruskan perjalanan kami selama 11km itu dan kami juga menghayati keindahan sungai dan hutan disekeliling kami. Tidak lama kemudian kami telah sampai ke penghujung perjalanan kami.

Sesudah aktiviti ;-

- Kami mengangkat kayak ke atas dan juga paddle yang telah kami gunakan. Selepas itu kami menyuci badan dan berkemas untuk balik ke kolej semula. Kami telah mengambil gambar bersama dengan pelancong yang bersama kami tadi dan juga bergambar bersama tour guide kami.





Kami berangkat balik ke kolej pada sekitar pukul 4.20 petang dan sampai ke kolej pada sekitar pukul 5 petang.




Wednesday, January 7, 2015


Pada minggu yang lepas-lepas, kami telah diarahkan oleh pensyarah kami, iaitu Miss D, untuk membuat satu lakonan animasi dengan menggunakan bahan yang telah diberikan kami. Dengan bertajukan teknik-teknik menyelamat mangsa lemas. Jadi kami telah berjaya membuat video tersebut dan saksikan video kami ini! Enjoy! Heheheheh



Yo bruhh. What's up? Today we've been asking to make a poster through microsoft publisher for peralatan snorkeling. At first it was really difficult but then we start to learn how to use that so it'd be easier for us to make our poster done and creative. Lol. So this how my poster looks like huhuh






So yeah, strictly no copy! Thankyouuuu xx

Monday, January 5, 2015

Pulau Beras Basah, langkawi.




- Salah satu pulau yang sangat terkenal di Langkawi.
- Ia terletak tidak jauh dari Pantai Cenang, dan Pulau Rebak besar.
- Pulau ini sebahagian  daripada 104 buah pualau gugusan Pulau Langkawi , Kedah, malaysia.
- Jarak dari Jeti Kuah, Langkawi ke Pulau ini 20 minit menggunakan bot laju.
- Pasir di panatai putih dan halus tetapi kadang-kadang terdapat anak obor-obor yang boleh menyebabkan badan menjadi gatal.


- ia menawarkan aktiviti para nelayan, snorkeling, banana boat atau anda hanya boleh mandi dan berehat di bawah sinaran matahari.
- Anda mungkin dapat melihat ikan-ikan lumba sekitar 40 hingga 50 suka bermain kerana mereka hanya muncul sekali-sekala.



- Sebuah pulau yang tidak berpenghuni dan tidak maju yang membolehkan ia untuk mengekalkan kecantikan dan kedamaian nya.
- Terdapat kemudahan yang disediakan seperti kedai minuman ringan dan beberapa buah tandas.
- Jeti untuk laluan pelancong.




- Pulau ini juga merupakan rumah kepada monyet dan anda harus berhati-hatidengan makanan dan hal-hal lain kerana mereka suka menyelinap dan merebut barang-barang anda! Peace ;) 
(Langkawi Point)            www.langkawipoint.com











Pulau Payar, Langkawi. (Pulau Payar Marine Park)


- Pulau Payar ini terletak di bahagian utara selat Melaka, berhampiran Kuala Kedah dan 30 kilometer di selatan Pulau Langkawi.
- Meliputi dua batu dan empat pulau kecil; Pulau Payar (yang terbesar), Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantung. Tiada pualau itu dihuni kecuali oleh pengawai-pengawai yang bertugas di Jabatan Perikanan yang menguatkuasa undang-undang.
- Memancing dipulau itu adalah dilarang sama sekali. (The Malaysia Site)



- Paling terbaik adalah Taman Coral,satu seksyen yang terpencil daripada 'taman' dengan karang yang berwarna-warni yang indah dan dipeliharakerana perairannya yang terlindung.
- Ikan pelbagai bentuk dan warna. Paling menarik ialah ikan bayan (warnanya seperti burung bayan), yang besar dan berenang dengan tenang.


- Gigitan halus ikan-ikan cantik yang berebut roti terasa di tangan.


- Petugas taman laut memberi makan ikan alu-alu atau baracuda yang datang dalam kumpulan kira-kira 20 ekor yang saiznya dianggarkan melebihi satu meter panjang.



Terdapat kemudahan yang disediakan seperti;-
- Jeti yang memudahkan pelawat turun dan naik bot pelancong.
- Ada 12 chalet unik tetapi hanya dibuka untuk kegunaan pada diang hari sahaja.
- Terdapat 183 anak tangga tersedia untuk didaki bermula di Pantai Teluk Wangi.
- Pelanatar yang disediakan sepanajang tepi pantai.



- Keindahan coral yang berada di dalam air. (Langkawi Point)      www.langkawipoint.com




Sunday, January 4, 2015

Isnin, 05.01.2015
Teknik-teknik Asas Menyelamat Mangsa Lemas




Terdapat pelbagai teknik untuk menyelamat mangsa lemas. Semua teknik ini mempunyai asas menyelamatnya tersendiri. Dengan mengamalkan teknik ini,barulah seseorang itu dapat menyelamat mangsa lemas. Menyelamat mangsa lemas merupakan risiko yang amat tinggi kepada penyelamat kerana ia melibatkan nyawa penyelamat dan juga nyawa mangsa. Ini merupakan teknik-tekniknya ;-

1) Reach (Mencapai)
- Penyelamat akan berada diatas permukaan darat sambil meniarap dan menghulurkan sesuatu kepada mangsa seperti kain, kayu ataupun tali. Mangsa akan mengapai barang tersebut dan penyelamat akan menarik mangsa ke permukaan darat.

2) Throw ( Membaling)
- Teknik ini sama seperti teknik reach tetapi penyelamat dalam keadaan berdiri dan menyelamat. Penyelamat juga akan menghulurkan sesuatu kepada mangsa dan menarik mangsa ke permukaan darat.



3) Wade
- Teknik wade pulak, penyelamat akan berada di atas permukaan air yang cetek dan menghulrukan sesuatu kepada mangsa lemas seperti kayu, kain ataupun tali. Selepas itu, penyelamat akan menarik mangsa ke permukaan darat.

4) Row ( Mendayung)
- Penyelamat akan mendayung ke arah mangsa lemas tetapi tidak meluru ke arah mangsa dan juga tidak melanggar mangsa. Selepas itu, penyelamat akan menarik mangsa ke dalam sampan tersebut.


5) Swim ( Berenang)
- Penyelamat akan berenang ke arah mangsa dan menghulurkan barang seperti pelampong, botol, ataupun buluh. Barang-barang yang di hulurkan mestilah bersifat terapung di atas permukaan air. Selepas itu, penyelamat akan menarik mangsa ke permukaan darat.

6) Tow ( Menarik)
- Teknik tow ini, penyelamat juga akan berenang ke arah mangsa dan menghulurkan sesuatu kepada mangsa seperti tali ataupun pelampung dan seterusnya akan menarik pelampung ataupun tali tersebut bersama mangsa dan akan menarik ke permukaan darat.