Pengenalan;
Berkayak adalah satu aktiviti yang memerlukan seorang mengemudi kayak diatas air dengan mengaplikasikan kaedah dan teknik yang digunakan. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar kemampuan dan ketahanan fizikal dan mental seseorang. (Kuca, 18 Apr 2013)
Definisi berkayak;
Berkayak merupakan suatu aktiviti merentas air dengan menggunakan bot kayak yang kecil dan agak sempit. Bot ini direka secara manual dan dikemudikan dengan menggunakan pendayung bilah double. (Abul Qayyim, 12 Sept 2012)
Sejarah perkembangan rekreasi kayak di malaysia;
Di Malaysia, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan perdagangan. Sejarah kayak moden bermula sekitar tahun 1960an, dan diperkenalkan oleh pelaut british yang berpangkalan di Woodlands, Singapura. Sekitar tahun 1970an, Pualu Pinang tel;ah mempelopori aktiviti kayak negara. Aktivit tumpuannya ialah ekspedisi dan pertandingan. Pada tahun 1980an, 'Penang Canoe and Recreation Club' telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kanu yang pertama ditubuhkan di Malaysia. (Abul Qayyim, 12 Sept 2012)
Tujuan Aktivit kayak;
- Melahirkan individu yang sihat, dan cergas.
- Menimbulkan semangat kempimpinan dan mewujudkan kesedaran, dan tanggungjawab sendiri.
- Mendapat ramai kawan yang mempunyai minat yang sama.
- Menimbulkan semangat cintakan alam sekitar dan konservasi alam.
Pakaian yang sesuai;
Berkayak hendaklah menggunakan pakaian yang sesuai dan selesa semasa melakukan aktivit tersebut, contohnya;
-Topi keselamatan
- Seperti baju sukan, contohnya seluar jersi
- Wetsuit
- Pakaian renang selam
-Seluar panjang dan baju berlengan panjang
Do's and Don't ;
- Pastikan makanan dan minuman dan peralatan dan peralatan kecemasan telah dibawa
- Jangan berkayak jika cuaca ribut, ombak bergelora,dan hujan lebat di sungai.
- Sentiasa pantau keaddan air.
- Dapatkan khidmat jurulatih/ketua jurulatih aktiviti yang mempunyai kemahiran.
- Tetapkan kualiti keselamatan.
- Pastikan peralatan dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan.
- berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab tentang keselamatan air.
- Jangan mudah cuai dan melakukan pergerakan yang merbahayakan. (SPL3015, Kolej Komuniti)
Peralatan yg digunakan;
- Kayak
Kayak terdapat pelbagai jenis, contohnya seperti creek boat, kayak polo, inflatable kayak, squirt, sprint boat, slalom, downriver boat, dan juga sit on top.
Creek boat - Mudah dan stabil
Kayak Polo -Hampir sama dengan creek boat tetapi bahagian belakangnya lebih leper.
Inflatable Kayak - Gabungan getah dan fiber. Bentuknya besar bulat dan panjang.
Squirt - bentuk tipis dan hanya boleh memuat kaki pendayung. Berbentuk pendek.
Sprint boat - Digunakan unrtuk bertanding. Panjang dan lurus. Sangat laju dan harus mempunyai keseimbangan.
Slalom - Dua elemen utama iaitu stabil dan kelajuan.
Downriver boat - Panjang sekitar 4m, deck leper, depan tirus bulat, memudahkan pendayung.
Sit on top - Khusus digunakan di pantai dan tasik. Dilengkapi lubang khusus untuk membuang air yang masuk ke dalam kayak. Lambat dan susah eskimo roll. (Jelaga Putih, 3 Mar 2010)
2. Pendayung
Digunakan untuk mendayung kayak dan membantu pendayung untuk bergerak dengan lebih pantas.
3. Personal flotation
Digunakan untuk pendayung supaya terapung didalam air. Dan boleh menyelamatkan pendayung yang tidak tahu berenang dan terapung di dalam air.
The end!
































.jpg)



