Definisi Konservasi rekreasi air kepada eko-pelancongan alam semulajadi
- Kesan pelancongan alam semula jadi yang menyumbang kepada pengekalan spesis dan habitat melalui sumbagan kepada pemulihaan dan tidak langsung dengan menyediakan pendapatan kepada masyarakat setempat yang mencukupi untuk penduduk tempatan kepada nilai dan juga kawasan warisan hidupan liar mereka sebagai sumber pendapatan.
Peranan agensi luar yang terlibat dengan konservasi ;-
a) Jabatan Taman Laut
- Mengurus, memulihara dan melindungi biodiversiti marin.
- Membaik pulih dan mengurus kehidupan marin yang rosak ataupun yang terancam.
- Menguatkuasakan Akta dan peraturan yang berkaitan dengan Taman Laut.
- Meningkatakan kesedaran awam mengenai ekosistem marin.
- Menyediakan khidmata nasihat dan kepakaran mengenai ekosistem marin.
b) Malaysia Nature Society (MNS)
- Untuk mengenal pasti ancaman kepada survival habitat dan spesis di hutan.
- Membina asas pengetahuan habitrat utama dan spesis dengan tujuan untuk menyebarkan maklumat.
c) Jabatan Perikanan Malaysia
- Mengambil bahagian dengan program-program yang mempunyai kaitan dengan aspek perundangan perikanan.
- Merancang dan menyelaraskan atauy mengendalikan latihan kemahiran, kursus dan syarahan berkaitan dengan perundanagn perikanan.
d) Coral Reefs Check Malaysia
- Membuat pemantauan terumbu karang.
- Mengumpul data berkaitan dengan kesihatan terumbu karang.
- Menjaga dan memantau terumbu karang yang ada.
Terangkan konservasi biodiversiti marin
- Merujuk kepada aktiviti pemuliharaan ke atas bangunan, monumen dan tapak yang merangkumi beberapa aktiviti laian termasuklah biodiversiti marin. Kita hendaklah mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh jabatan-jabatan yang terlibat.
- Sentiasa menjaga kebersihan dan tidak mencemarkan kerana sekiranya kita tidak bertanggungjawab terhadap biodiversiti marin, ia akan pupus dan tidak mempunyai habitat lagi.
Terangkan peranan biodersiti main secara lestari
Biodiversiti di defnisikan sebagai kepelbagaian biologi atauapun organisma hidup dari pelbagai sumber dari tanah daratan, samudera dan mencakup ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan ekosistem nya. Kepelbagaian flora dan fauna dan juga marin menyumbang kepada kesejahteraan manusia.
Cara-cara untuk mengelakkan biodiversiti tercemar ;-
- Membentuk sikap manusia terhadap sumber biodiversiti.
- Pendedahan tentang kepentingan biodiversiti terhadapa masyarakat sejak kecil amat penting.
- Membentuk sikpa dan tingkah laku manusia apabila menguruskan sumber biodiversiti. (Nabila Halim, 20 Apr 2013)







